Monday 31 December 2012

Selamat Tinggal 2012

Salam.
2012 sudah sampai ke penghujungnya. Menghimpun segenap kisah suka duka dan pelbagai ragam kehidupan. Masa yang berlalu tetap begitu. Tidak pernah menunggu walau sesaat. 2013 bakal menjelang. Mengiringi keazaman baru yang disisipkan setiap insan. Semoga semuanya berjalan lancar. Bermula dengan sinar harapan dan pabila sampai penghujungnya ia tetap memberikan seribu kenangan.
2013 - doa dan harapan semoga ia lebih baik dari semalam. Amin.

                                                                   Noktah
NOTA HARI INI

Thursday 25 October 2012

::Raya lagi::

Salam Aidil Adha...
Raya lagi kan?  Aidil Adha aka raya haji x la semeriah raya puasa. Padahal raya haji rasanya diraikan 3 hari berturut-turut. Mungkin kebanyakkan masyarakat kita telah 'dilatih' beraya. Owh..dan mungkin raya haji x berpuasa sebelumnya...so korang makannnnnn sepanjang ari tanpa ada rasa nikmat nak makan rendang mak di raya haji. Ngeee...
Raya Haji tahun ni...mak masak macam biasa je. No rendang itu je perbezaannya. Semalam jemput along dr rumahnya. Kerja pun macam biasa...Warghhh...rasa x best sangat pun raya tahun ni. Tahun lepas ada kat Kg. Belungei. Best gak...sebab ada aktiviti macam nak raya. Kol 7 pg dah gerak ke surau. Pastu boleh plak jalan2 raya...siap ada kuih raya bagai. Har3
Apapun Salam Aidil Adha...nak  gerak juga ni.Kang ada x gi masjid. Selamat semuanya..
NOTA HARI INI

Friday 19 October 2012

::Bersarang Sudah::

Salam...
Lama tul x update.
Cerita byk x guna kalau hati x ikhlas nak menulis/menaip.
Dalam bulan2 kbelakangan ni..byk nau yg terjadi.
Perasaan ni mcm x puas ati pon ada..tp bila fikir hikmah disebalik kejadian, perasaan yg x best tu pelan2 jd best.
Kita terima seadanya apa yg jadi kt kita ari ni.
Alhamdulillah..hari2 yg dilalui makin mencabar dan menggembirakan.
Kdg2 sedau gak diri yg kita ni dh dewasa/tua..sbb kita dikelilingi oleh pemikiran muda yg pelbagai.
Nak layan..mungkin x layak...kita kena sedar diri sket...
Bercakap dan menutur kata dgn mereka yg jauh lebih muda sgt memerlukan kesabaran.
Ego mereka sangat tinggi dan mereka sedang merasakan frasa hidup mereka yg terbaik.
Kita dh melaluinya..sangat faham dan cuba memahami..sbb kita juga pernah melakukan perkara yg sama suatu ketika dulu.<--- sgt menyesal..
Opss..panjang plak cerita .
Hari ni nk g Family Day...yang banyak kontroversi..Darah Muda...
Ada yg nak menguasai dan menonjolkan kelebihan. Bagus sebenarnya cuma bila ada kelakuan yg kurang 'cerdik' kita akan jadi jengkel dan sangat memualkan.
Opss...
Hari ni juga final Piala Malaysia..bukan minat pon..tp cuba mengikuti perkembangan Malaysia.
Perkara2 camni kekadang menjadikan hidup penuh warna-warni.
Taklah dengan perkara yg sama...gossip..kutuk dan meluahkan rasa x puas hati <--- tu kan hasutan SyaitonNirajim..
X nak la jdi macam tu..
K...cukup utk entry kali ini..
Maaf kalau ada yg terbaca dan sangat kecil hati... sebab blog ini adalah luahan terbuka bila kita gagal menuturkannya dengan bicara.
So...apa kata kita layan Adam dan Hawa...rasanya lebih baik..sangat baik kan Am? Ngeee..
NOTA HARI INI

Tuesday 21 August 2012

::Akhirnya Tiba Saat Itu::

Salam Aidilfitri.

X de gambar ketupat or rendang.
Mood raya ..hampir tiada.
Kenapa eh?

Setiap kali raya mesti perasaan ini hadir.
X adil untuk suami dan anak - anak.
Agak 'selfish' dan mementingkan 'anak tekak' sendiri.

Bila agaknya mood tu datang?
Agaknya bila tulang ni dah tak larat buat kerja...

Bila raya ..selalu ingat kat arwah bapak.
Dia orang yang paling excited sambut raya.
Sangat berkobar - kobar.
Rumah mesti dihias cantik.
Kuih penuh semeja.
Air botol macam pesta.
Duit raya mesti paling banyak.
Dan yang paling best...rumah mesti/wajib orang datang.

Meriah sangat sampaikan suasana itu sukar diwujudkan sehingga kini.
Kesian anak - anak.
Dengar cerita tentang raya yang hebat tapi merasainya jauh sekali.

X pe..ada hikmah disebalik kejadian.
Mungkin Allah memilih kita untuk berubah
Berubah bersederhana dan sentiasa mengingati Nya dalam apa pun perkara.

Raya tahun  ni sangat sempoi.
Memilih beraya di rumah lama a.k.a rumah Along
Raya kedua pergi PD
Rehatkan minda sambil tengok laut.

Raya ke 3..macam ni la..
X de apa yang istimewa.
Mood...kita tunggu esok.
Kot 2 la mood tu datang juga 

Nak upload gambar pon belum ada mood...
Esok kot. Ngeeee...


NOTA HARI INI

Saturday 11 August 2012

::KAD RAYA::

Salam.

Bestnye baca sisipan akhbar semalam.
Pasal kad raya.
Zaman IT kad raya dah lama dilupakan.
SMS bermadah indah yang bakal masuk di malam raya..
Berlumba-lumba ibarat kereta yang melalui jalan raya di malam raya.
Sangat sibuk Uncle TM kerana nak mendahulukan SMS yang dihantar selamat sampai
ke destinasi penerimanya.
Sang penerima pulak..dalam sibuk membuat persiapan terakhir raya sibuk berbalas2 SMS yang datang.
Trend yang tak boleh blah...ko boleh C&P pastu lupa delete nama pengirim terdahulu.
Ngeee...sangat mengujakan.
Walau apapun, keikhlasan mengucap salam amat dihargai.

Dulu...memang kad raya adalah trend yang paling nostalgia.
Ingat tak kita berebut2 pilih kad raya yang dipamer kat tepi jalan.
Diikat2 dengan gelang getah.
Ko pilih la yang mana suka.
Ada yang semurah 20sen hingga semahal RM10.50
Ada yang ala ala je..ada yang gah siap bermuzik bagai.
Tulisan dari yang seringkas Selamat Hari Raya sehingga yang bermadah berjela
Harga tengok kat belakang kad penjuru kanan bawah skali...kekadang kat tengah2..

Kat skola kawan2 ada yang seludup masuk kad raya untuk dijual.
Gila kentang.
Cikgu buat2 tak pandang.
Cikgu tahu..anak muridnya pasti lulus dalam matapelajaran B Melayu.
Sebab...ada sajak di setiap kad raya untuk kawan.
Paling koman pon...pantun.

Pantun atau sajak...tiru kat majalah.
Tak kira majalah kuntum ke atau kat buku pantun di kutub khanah.
Semua orang nak jadi pengirim yang hebat.

Tong pos paling sendat...hahaha..
Tong satu tak cukup kekadang Pakcik POS tambah satu tong lagi.
Sebelah untuk dalam Malaysia sebelah lagi untuk luar negara.
Wahh...Pakcik posmen tenggelam dalam kad raya.
Tengok kat TV rasa macam lautan surat hahahahaha...

Itu yang pakai pos.
Yang dekat...kekadang hantar bawah meja, dalam beg ataupun suruh orang lain bagi
Untuk kawan sekampung...letak kat serambi rumah.
Bila kawan ke serambi masa tunggu berbuka pasti tersenyum dapat kad raya.

Malam lepas terawikh..sibuk cari kad raya yang sesuai.
Sebab nak balas.
Boleh jadi gaduh kalau tak balas oke..
Mana boleh gaduh..sebab pagi raya nak jalan sama - sama untuk beraya

Paling best terima kat raya.
Ada gambar katun2...kena gambar masjid...muncung sket.
Lagi seminggu nak raya sibuk gantung kad raya.
Kembang kempis idong bila kawan2 tengok kat raya banyak.
Selalunya 3 pokok..itupun tak cukup.
Siap gantung kat dinding.
Yang lebih2 masuk dalam bakul.
Warghhh.....bila ingat mengong pon ada.

Bila datang beraya jadi satu kerja lak check kad raya datang dr mana.
Tuan rumah kembang kempis idong bila tetamu puji kad raya banyak.
Tapi kad raya kitorang yang banyak2 tu sebab amik kad raya bapak skali.
Nak harap kad raya kitorang sekali gantung habis.

Sekarang kalau korek2 kat umah mak ada lagi kot saki baki kad raya.
Nak tengok kad raya dari bapak Jejai pon ada.
Ngeee...dah tetiap tahun hantar kan?
Dari Jejai duduk bersila masa amik gambar sampai la Jejai berdiri.

Namun apa yang menyedihkan...kad raya dah tak dapat lagi.
Last dapat kad raya pada tahun 2003.
Lama kan?
Semua orang guna SMS.
Tak de masa nak tulis panjang2.
Tak masa nak minta maaf dengan tulisan hati sendiri.
Semuanya diambil dari hasil tangan orang lain dengan harapan si penerima mengerti.

Tapi kita masih boleh beraya.
Gembira dengan kedatangan Syawal.
Tapi yang lebih menggembirakan bila kita saling bermaafan tanpa rasa sangsi.
Kan?

Rindu kad raya......









NOTA HARI INI

::LETIH KE MALAS::

Badan macam tak bermaya je nak mulakan kerja hari ni.
Taipo pon asik salah je.
Dah kenapa ko Bedah?
Malas le tu.

Tak kan ko nak mengiyakan apa yang MR. READER DIGEST tu cakap.
Malaysia adalah negara yang ke sepuluh paling malas.
Amboihhh..sesedap rasa je ye.

Tapi nak marah pon tak boleh la kan?
Dah kita ni kalau boleh nak buat kerja mudah je.
Hasil nak GAH.

Pepatah ada mengatakan
Tak dipecahkan Ruyung manakan dapat Sagunya.
Tak usaha mana nak dapat kekayaan/hasilnya.

Contoh paling mudah.
Orang dulu2 nak ke pasar sanggup jalan kaki 5 km sehari untuk dapatkan keperluan.
Walau tak de kenderaan tapi gigih.
Berjimat dalam segala tempat.
Sayur tanam sendiri kecuali yang x leh hidup kat tanah diorang.
Jeruk, Bekalan kering kebanyakannya hasil usaha sendiri.

Sekarang main beli je.
Sampai cili padi pon beli Bedah..<---sendiri pon sama
Nak ke pasar pon malas.
Padahal tekan je pedal minyak tu tau je kereta tu bergerak
Tak de peluh pon.
Dasar malas....x kuasa weh

Balik kerja ..penat...tertido.
Tak de le kata nak kemas keliling rumah yang penuh daun kering.
Alasan...esok pon daun gugur lagi.
Bazir je ngemas. Ngeee...

Nak makan...Tepon Delivery man..
Ku ingat kalo ada Nasi Lemak or Nasi ayam delivery pon laku woo..
Tapi kena iklan kat TV la..baru ada gaya.

Hish...gaya tu penting ok.
Ada daya kelas yang tersendiri.
Paling koman pon rajin sket
 Jom makan kat Hotel Bintang Bintang.
Pastu masuk dalam muka buku...
amik gambar bagai...hebat tak aku makan kat hotel
Ko ada?
nga..nga..nga...itu la Malaysian.

So..bangkitlah Malaysia <---especially ko Bedah..Ayuh!!!
Jom kita ke pasar dan mulakan hari ini untuk megemas rumah buat julung2 kalinya.
Ingat ada kerja yag menunggu.

1. Basuh baju yang ada dua baldi sebab dah 2 hari ko ponteng basuh baju
2.Basuh kain kusyen ko yang anak2 ko dah sapu mulut mereka di situ..owhh
3.Alihkan barang2 termasuk PC ko sebab jap lagi laki ko nak sapu cat di mana dinding ko telah diconteng
4.Kemaskan laman rumah ko..alih pasu sebab malam ni kita kena pasang pelita
5. Pergi beli lampin, susu dan tanah soil utk pokokmu
6.Kemas kembali sepahan yg laki ko buat dan deko dibenarkan.
7.Masak untuk berbuka.
8.Gosok baju sebab esok kerja
9.Lipat baju sebab genap seminggu ia tak berlipat
10. Sila buat senarai untuk kerja esok nye

X sempat buat kuih raya okeeeeeyyyy.
M.E.N.G.O.N.G  D.A.H




NOTA HARI INI

::MEREMPITKAH MASA ITU::

Salam.
Tension sikit sebab idea nak menaip bertimbun-timbun dalam kepala.
Sama banyak dengan kerja yang bertimbun menunggu.
Masa tak de nak diluangkan.
Mana nak selit waktu untuk 'bersuka-ria' memang takde.
Oh..schedule memang penuh...sangat mampat.
Kenapa ye?

Ramadhan hampir tamat.
Rindunye...ntah bila akan bersua lagi.
Setiap tahun memikirkan hal yang sama.
Berkatkah ibadah kita? Diterimakah segalanya? R.I.S.A.U

Hal duniawi juga agak membimbangkan jiwa.
Persiapan raya macam tak siap lagi.
Tak de mood okeh.....Seriously..tahun ni paling teruk.<---- bukan tetiap tahun ke?
Kesian anak2..X pe minggu ni juga nak kena setel.
Peduli dengan apa yang berlaku.

Kuih dah buat?
Ngeeee...hampeh....berangan lebey.
Nak buat kuih suji la, dahlia la, samperit <---- tercirit nak tekan dan macam2 lagi.
Ko larat ke Bedah oiiii...lagi 6 ari je.
Huhuhuhu....malas laaaaa...nak beli tak sedap kang membazir la pulak.

Aduyai....
Masa ni mula le pikir yang bukan2.
Rasa nak gi bercuti di Paris di pagi raya.
OWH....banyak ko punya duit kan?
Ada share dengan Maybeng ke?
Tulun...tulun....nak buat camana ni....S.T.R.E.S.S

Apa yang ditunggu hanya satu
B.O.N.U.S raya....ada harapan kah??
kah..kah..kah...



NOTA HARI INI

Sunday 22 July 2012

::Ragam Ramadhan::

Jalan - jalan

Tengok Laut

Matahari Hampir Terbenam
Hari pertama puasa.
Anak - anak yang dua orang ni dah merengek lapar.
Kesian tapi nak buat macamana..kena berlatih.
Kakak ok..tapi abang susah sikit sebab ni tahun pertama dia puasa.
So, kami decide nak bawa diorang makan angin petang sebelum sampai buka puasa.
Best juga jenjalan masa bulan puasa sebab kereta tak banyak. 
Mungkin semua sedang sibuk menyediakan juadah di dapur.
Paling tidak pon sedang membeli juadah di Pasar Ramadan.
Kat sini banyak Pasar Ramadan yang di buka.
Tapi belum singgah satu pun tempat.
Mungkin 2 3 miggu lagi bila idea memasak dah habis atau anak - anak dah jemu dengan lauk yang sama.
Macam biasa si kenit yang dah biasa dengan jalan ke Mc Donald meraung2 nakkan aiskerim.
Hoh..ko boleh tahan nafsu bila tengok dia makan aiskerim.?
Kelas ko Bedah..kita yang dah 'kertu' boleh la..tapi kesian kat 'daun ijau' kat belakang...meleleh - leleh air liur.
Walau kita bagitau lagi sejam nak buka puasa..ada diorang kisah.
Jadik, kitorang ambil laluan lain..tu yang tak tempuh Pasar Ramadan.

Sahur



Ni lauk sahur malam tadi.
Simple je..pilihan En. Hubby.
Makan dengan Sambal Goreng Kentang...(mak bagi) <---- x malu mintak mak sket
Yang lain - lain makan buah dan aiskerim.
Bagus...dah masuk hari ke 3..laik tak de yang terbuang banyak.
Setakat sikit - sikit tu adat la.
Itu pun sebab si kenit tak nak makan lauk sejuk.
Dah dia tak puasa pun selera mencabar minda.
Esok dah mula kerja balik.
Idea nak masak...zero to hero...Yelek.
Tak pe..kita nikmati percutian 4 hari ini bersungguh - sungguh.
Mood: gembira walaupun esok dah start kerja. 



NOTA HARI INI

Friday 13 July 2012

Cerita lama

Salam. Mendung dan nyaman je arini. Best..best. Jiwa yang 'sasau' pon rasa tenang je. Hoh..teruk benau perasaan tu ye. ehehe.
Semalam en bos soh pegi seminar. Pergh.. best sebab dah lama jugak tak g hotel ni. Seminar kat Casa Del Rio Hotel je pon. Je pon?? Huh..seumur idup ni baru pertama-tama kali masuk ni. ( dah hotel ni pon baru siap)
Huhuhu..santek la. Kira sesuai la dengan umur 'akak' ni yang ke arah zaman kilauan emas. Dekorasinya mengingatkan kita kepada buku sejarah lama yang di depannya ada gambar Tunku ketika pengisytiharan kemerdekaan Taman Melayu. Klasik weh...
Rasa macam dalam Kota Melaka pon ada. Tak sempat 'jelajah' semua tapi secara amnya idea dekorasi merujuk di zaman Portugis. ( ye ke? isk..pepandai la ko 'akak')
Lokasinya mengimbas di zaman kekanak dulu. Around tahun 80-an. Kat situ ada pasar borong, ada kilang dan yang best ada gerai roti canai berkuah best. Huhu..x taw kat mana dah kedai tu pegi.
Seawal pukul 7 pagi dah jalan kaki dari rumah ke sana. Jauh jugak. Cuba la ukur dari Kg. Pengkalan Rama (rumah nenek kat situ) sampai Kampung Pantei tu. <---eja memang camtu yea.  Hnff... sempot sket nafas.
Tapi best sebab ramai orang pon jalan kaki. Tak rasa penat sangat. Kalau 'Chim <---panggilan untuk cina perempuan yang dah lanjut usia ..dorang naik beca je. Opss..bukan beca yang ada bunga matahari dan bunga ros dikelilingnya ok.
Riuh rendah kat situ. Kucing kecik2 banyak. Kekadang ada la bawak balik  seekor dua. Pelihara sampai besar pastu lepas balik kat sana ( huhuh..sebab kucing tu 'spray' sana sini atau pon tangkap ayam nenek)
Kat sungai tu plak ada la bot tangkap ikan..dalam 6 7 buah. Bunyi enjinnya 'poot..poot..poot..' Hahah..macam orang k*****t je..rindunya suasana itu.Rindu sangat dan sangat.....
Apapun sekarang dah sangat ok. Pelancong pon ramai. Sungai bersih..tak macam dulu yang penuh dengan plastik merah, kuning atau bebelang plus pelepah kelapa jatuh dan bagai2 sampah lagi. ( tak suka ok..sebab diorang x de sivik buang sampah dalam sungai)
Kedai asam pedas makcik Mona pon dah glamer skang..masuk TV tu. Jonker Walk dah banyak jual barang-barang kraftangan. Rumah-rumah Baba Nyonya kat tepi jalan pon dah dikomersialkan.
Bukan seperti dulu...penuh dengan kesibukan apek berseluar belang biru putih naik basikal merentasi jalan. Lori berkepala merah sibuk parkir di kiri kanan jalan turunkan cili bawang permintaan peniaga di sepanjang jalan Kg. Pantei dan Kg. Keling. Bau dedak ayam kadang2 menusuk hidung. Merpati hitam berterbangan di udara sambil 'menghiasi ' tingkap bangunan dan jalanraya dengan 'khazanah'nya.
 Gambar?? huhuh..semalam lupa bawak kamera sebab dah kata pon g seminar bukan melancong. APA PON TAK BLEY!!

NOTA HARI INI

Friday 6 July 2012

::Tanda Bacaan Hidup::

Aduyai...korang pernah tk rasa macam nak lempang itik serati pastu lari laju2 sebab kena kejar? Hoh..gitu la hari ini.Tapi apa nak buat..titik - titik perjalanan bukan kita yang tentukan. Kadang ada koma, titik bertindih,koma bertindih koma , tanda seruan, tanda soalan dan sebagainya.
Korang pernah belajar ke semua yang dinyatakan di atas tu? Tak pasti la kan..kaedah pembelajaran makin berubah mungkin ia diajar dengan cara yang berbeza di zaman ai dulu. Lama wooo tak skolah...hahahaha
.Tanda bacaan diatas diajar bersekali dengan matapelajaran tatabahasa. Wadui...pening gak nak fahamkan. Budak - budak la katakan leka nak memain je. Bila cikgu ngajar melongo je mulut. Faham tak faham ya kan aje..Hambek ko bila peksa garu tudung sampai senget.
Wlau apaun tanda bacaan itu...rasa hati ni masih lain macam...tensen kotttttt...!!!!

(ini cerita semalam...seyes...semalam)
NOTA HARI INI

::Perjuangan Belum Ternoktah::

Waduh...penat tol otak hari ini. Mengira dan terus mengira. Mencongak sambil memikirkan kewajaran setiap nombor yang ditulis. Akhirnya, selesai untuk hari ini. Alhamdulillah. Semoga semuanya selesai dan tidak lagi menemui jalan buntu.
Semalam dapat gak pelepasan balik untuk ke sekolah anak. Tak sesia seperti biasa. "Ya Allah kupohon padaMu semoga usaha anak - anakku dalam menimba ilmu dunia dan akhirat sentiasa dirahmati dan diberkati olehMu".
Ye lah setakat ni hanya kakak yang bersekolah. Abang akan melangkah ke alam persekolahan tahun hadapan. Berdebar-debar maknya. Tension sikit sebab si Abang masih diawang-awangan. 
Cerita semalam, tak sangka 'perbalahan' ngan cik abang berhasil jua. Masing-masin berebut nak pegi skolah anak. Hoh, pagi2 bila kita tanya buat donno jek. Bila dah petang baru bagitau nak g jugak. Iskk..stresss tau. Dah rasa macam rombongan Cik Kiah plak gi amik buku rekod anak beramai - ramai. Nasib la tak bawak sepanduk bagai..
Sampai kat skolah, nampak ramai ibubapa menunggu. Bebudak ni pakat lari ramai - ramai. Nampak ada yang terganggu ngan suasana begitu. Tapi biasa la budak - budak. Tunggu lama gak. Abih dah sorang pelajar sampai 10minit kena ' kaunseling' ngan ustazah.
Hohh? masak macam ni...lama tol tunggu giliran. Bila sampai giliran kitorang ustazah pon bersuara..." hah sampai dua - dua datang ye?" Sabauuuuuu je la. Jeling cik abang dalam ati...hoh dah kata tadi tak yah datang. degil..heheheh
Then ustazah pon bagi buku rekod...Tanya gak. Ada masalah ke ustazah? Oh..tak de.bagus..bagus...tak sampai 2 minit ustazah pon kata selesai. Perghhh....tak pe sebab keputusannya setakat ni best. Tempat pertama. ( yelaaa...baru setengah tahun pon...mak dia slalu dapat tempat cencorot morot)
Bila balik..bukan pikir apa sangat..cuma pikir napa ustazah tu kaunseling tak sampai 2 minit ha? Tak puas hati....( <----------- macam ni punya mak pon ader. Kasi lempang sket..DASSSS!!!!)
NOTA HARI INI

Tuesday 3 July 2012

::Lemau::

Suasana yang paling disukai untuk hari ini sebab hujan seawal pukul 8.30pagi. Terperangkap selama 20 minit di pantry. Melangut sambil menyenarai pendek tugas yang perlu disiapkan sebelum pukul 4 ptg. Sekarang masih hujan..masih berangan jika terhidang secawan kopi untuk dinikmati ditepi tingkap sambil ditemani permandangan indah ala-ala Cameron Highlands. Dusyummmm...sudahh tak yah berangan. Keje berlambak ni. Aduhai...kerja tetap kerja. Balik rumah pun masih bekerja. Petang ni nak try usha bos balik awal. ( Hoh...boleh ke? ) Ko ingat ini company ada nama ko...suka hati nak balik lambat. ~ dengan mata yang sayu...berbisik - bisik..~ buley aaa..buley aaa..
Kepala masih berputar2 sebab kena hujan. Perut lapar minta diisi. ( padahal malam tadi dah makan banyak isk..isk.isk) Korek sana - sini jumpa kacang yang masih elok tersimpan dalam laci.
Hujan merintik sepi...mata sayu dan layu. Terbayang-bayang selimut yang selonggok ditinggalkan pagi tadi. Suasana bilik yang suram dan kelam.  Best kan kalau PONTENG arini...nenong...nenong...nenongggggg.
NOTA HARI INI

Saturday 30 June 2012

::Pelangi Petang::

Sedey Cik Jah arini.
Sebab seorang kawan yang hu ha..hu ha pagi petang dah pun memindahkan diri. Terima kasih ye Wanryna sebab sudi gak jadi kawan sembang kitorang kat opis. Harap Wanryna gembira dengan 'tugas' nya. Kalau singgah sini jangan lupa lak tepon2 kitorang. Isk..emo..emo..
Disebabkan ke'emo'an yang agak mengusik jiwa maka arini sempat la melelapkan mata 3 jam di depan tv tanpa rasa bersalah. Wargh..wargh...boleh camtu ek? Bangun je dah nak Maghrib...aduyaii..kalau ari 2 mau gila otak ni. (selisih...)
Bila malam..jadi la 'jaga bai' tak bergaji. Owh...dulu jaga ni kebanyakanya keturunan punjabi. Sebab diaorang ada janggut dan misai melentik. Pastu badan sasa..ala-ala.Nat King Cole. Sore garau...Perwatakan agak garang. Hm..setakat pencuri berat bawah 70kg ni sekali sap dia patahkan tangan.Ngeh3x..bila lalu depan kedai emas nampak la diorang duduk tepi pintu, pegang senapang patah.( serammm...takut senapang tu meletop)
Skang tak lagi...ramai jaga yang orangnya biasa2. Tak pe la..asalkan beliau menjalankan amanah dan tanggungjawabnya.
Hmmm...apa nak buat pepagi bute ni...Waduh...nak masak kang bising plak. Layan FB.. streamix bukan main selowwwwwwwwwwwwwwww. Sengal tol. Nak surf ..nak cari apa?? aduyai...Tak pe..biarlah Kak Bedah ko ni karaoke lagu Saripah Aini seround dua. Let's go bebeh...Nite still young!!!
NOTA HARI INI

Tuesday 26 June 2012

::Dalam Hati ada Taman::

Perasaan dua tiga hari ni bercampur baur. Nak ditulis tak sampai di'keyboard'. Sebab ia melibatkan sesuatu yang agak flesibel dan bergantung kepada emosi diri.
Hari ni malas masak la pulak. Nak layan Masterchef Selebriti hari ni la...kasi mood masak datang. Tak puas hati betul bila tengok selebriti pandai masak.
Ops..mungkin memang diorang pandai masak dan ada skil. Tapi yang bestnya En. Tomok tu bukan main pandai lagi masak ek. Sedap ke tak sedap ketepi ..yang best presentation boleh tahan.
En. Hubby tergeleng - geleng tengok.
 Yo Lahhhh...tau la ... faham...Jap eh...kita tengok kat dalam esbok ada lauk apa. Rasa macam nak panggil En. Tomok tolong ai kat dapur..auwww... ( dusyum sekali dan lagi dan lagi) Bayangkan keindahan dapur denga kehadiran Tomok dan Angah...( No to Azwan Ali..mak pening nyahh...)
Dulu taim kekecik memang la tak de orang kisah kita ke dapo ke idak kan. Orang kata ko buat sibuk adalah kat dapo...Berlaga-laga montot lak kang tros jatuh terperesok kat daput kayu. (OK dulu ai kecik ok...kecik plus pendek..sering dikotak-kotakkan)
 Skang...emm..rasanya tak ke dapo pon tak pe kot. Amik wit dalam beg (macam gaji ko ribu riban)..pastu setat enjin pastu gi beli kat mekdonel..eheh.
Akan tetapi....still malas sebab nak kena pakai baju yang proper ( takkan nak pakai baju singlet burok ngan seluar pendek apek belang2...). Kena jadi isteri anggun...pakai tudung santek2, pakai bedak sket..pakai gincu, pastu spray minyak wangi enchanter..( sambil libas kiri kanan..fuh) Warghhhh...malas..dan malas. Dah tu ko sanggup gi kedai makan sambil tutup muka ngan topeng kertas halloween? Hallooo..
Oh..en hubby ..malam ni kita poser la... esok la makan. ( bukan mati kot).Lagipun, siang dah makan..so malam kita diet. Dh nak raya ok...kasi kurus skit di pagi raya.
Hapa ko ingat laki ko tau ko tulis apa dalam belog nih. Dah sudah gi masak..jangan derhaka nanti tak cium bau syurga.
Ok la gerak dulu..nak masak pastu nak cium tapak kaki en hubby...kot la ada bau syurga. ( DUSYUM!!)




NOTA HARI INI

Saturday 23 June 2012

::Purba::

Salam Sabtu.


Wah..cuti - cuti macam ni mesti ramai yang bawa keluarga pergi berjalan - jalan kan? Best...sebab masa cuti hujung minggu la baru kita dpt berkumpul. Ada yang pergi kenduri kahwin, kenduri kesyukuran, jamuan rumah saudara atau kawan dan macam-macam lagi. 


Hari ni PM datang Melaka. Jalan kat depan nuuuu...dah penuh kereta sejak pagi tadi. Masa balik dr kerja pun kereta tak kurang lagi bertambah adalah. Untuk kami yang tinggal di kawasan tumpuan terpaksa 'berkurung' dalam rumah.


Tak pe....ari2 pun buleh jalan kat bandar hilir nu...Hujung minggu bagi peluang le kat orang jauh datang.Wah...apa kena - mengena cerita di atas ngan kisah purba? Hak..hak..hak..

Ntah le tak de kaitan langsung kot. Cuma teringat zaman sekolah dulu nak pegang komputer pon takut dan was-was. Macam la orang purba. Buat blog ni pon dah macam blog purba sebab tak lengkap apa lagipon. Tak reti nak buat reka cipta. Dalam usaha gigih ni.


Cerita purba...baru jap tadi layan cerita 'Pada Zaman Dahulu'... Wahhhh..


Ingat kat nenek ( ohhh rindu ok...jap lagi nak g umah nenek la). Masa kekecik dulu bila nak tido malam je paksa nenek citer. Tak kira le cerita sang kancil ke, cerita buaya ke..lanyak je.


Yang best baru cerita sekerat jalan..tak sempat Sang Kancil nak kenakan buaya..semua dah bantai tido. Perghh...bengang kot nenek masa tu. Esok soh nenek sambung..lama-lama kena marah. Nenek kata nak dengar cerita kena sampai habis. (agaknya ni le idea orang buat drama bersiri yeee)


Yang best bila cerita kancil dah habis episod..(  ada berapa kerat je kan cerita Sang Kancil yang bijak ni) nenek ajak ngumpat dalam kelambu. Wargh...wargh...Takkan la ...cuma nenek buat cerita lain la pulak. Cerita hantu la.. cerita zaman Jepun la.. zaman Komunis la..   ( ohhh...tak suka ok..sebab cerita dia sangat sedih dah tragis) So, bila nenek start...tolong laaa...cepat2 tutup mata. Amponnnnnn...tak moh dengar. Trauma...ekekekeke.




                                                                     From En. Google




Budak2 sekarang nak juga dengar cerita ni tapi soalan sangat banyak dan hanya nenek mereka yang mampu melayan. Dan seperti biasa... ibunya bila start bercerita hanya mampu sehingga separuh sahaja...selebihnya....zzzzzzzzzzzzzzzz... ( apa pon tak bley)


NOTA HARI INI

Friday 22 June 2012

Tarikh &Tuah

Salam. 
Hari ni hari pertama bekerja pada 2 tahun yang lalu.
Hari ni hari pertama bina blog setelah bertahun2 terkebil2 mengagumi para blogger yang membina blog dan menghias dengan penuh kesan dramatik.
Hari pertama juga TM mula mengecas extra bil ke akaunku. huhuhu... Nan Ado...
Apapun..terima kasih kepada teman...wink2...yang bertungkus lumus mengajar bina blog kepada ambo yang sedikit lembab.
 Mekacih Wanryna...eheheheh...tengah terkapai-kapai ni...Harap tak kelemasan ehehehe...
Ni post pertama...jap lagi kalau ada kelapangan tambah lagi post huhuhu...( ko kenapa??? kemaruk ke??)
Apapun selamat membaca. 

Buah cempedak diluar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan

NOTA HARI INI