Sunday 22 July 2012

::Ragam Ramadhan::

Jalan - jalan

Tengok Laut

Matahari Hampir Terbenam
Hari pertama puasa.
Anak - anak yang dua orang ni dah merengek lapar.
Kesian tapi nak buat macamana..kena berlatih.
Kakak ok..tapi abang susah sikit sebab ni tahun pertama dia puasa.
So, kami decide nak bawa diorang makan angin petang sebelum sampai buka puasa.
Best juga jenjalan masa bulan puasa sebab kereta tak banyak. 
Mungkin semua sedang sibuk menyediakan juadah di dapur.
Paling tidak pon sedang membeli juadah di Pasar Ramadan.
Kat sini banyak Pasar Ramadan yang di buka.
Tapi belum singgah satu pun tempat.
Mungkin 2 3 miggu lagi bila idea memasak dah habis atau anak - anak dah jemu dengan lauk yang sama.
Macam biasa si kenit yang dah biasa dengan jalan ke Mc Donald meraung2 nakkan aiskerim.
Hoh..ko boleh tahan nafsu bila tengok dia makan aiskerim.?
Kelas ko Bedah..kita yang dah 'kertu' boleh la..tapi kesian kat 'daun ijau' kat belakang...meleleh - leleh air liur.
Walau kita bagitau lagi sejam nak buka puasa..ada diorang kisah.
Jadik, kitorang ambil laluan lain..tu yang tak tempuh Pasar Ramadan.

Sahur



Ni lauk sahur malam tadi.
Simple je..pilihan En. Hubby.
Makan dengan Sambal Goreng Kentang...(mak bagi) <---- x malu mintak mak sket
Yang lain - lain makan buah dan aiskerim.
Bagus...dah masuk hari ke 3..laik tak de yang terbuang banyak.
Setakat sikit - sikit tu adat la.
Itu pun sebab si kenit tak nak makan lauk sejuk.
Dah dia tak puasa pun selera mencabar minda.
Esok dah mula kerja balik.
Idea nak masak...zero to hero...Yelek.
Tak pe..kita nikmati percutian 4 hari ini bersungguh - sungguh.
Mood: gembira walaupun esok dah start kerja. 



NOTA HARI INI

Friday 13 July 2012

Cerita lama

Salam. Mendung dan nyaman je arini. Best..best. Jiwa yang 'sasau' pon rasa tenang je. Hoh..teruk benau perasaan tu ye. ehehe.
Semalam en bos soh pegi seminar. Pergh.. best sebab dah lama jugak tak g hotel ni. Seminar kat Casa Del Rio Hotel je pon. Je pon?? Huh..seumur idup ni baru pertama-tama kali masuk ni. ( dah hotel ni pon baru siap)
Huhuhu..santek la. Kira sesuai la dengan umur 'akak' ni yang ke arah zaman kilauan emas. Dekorasinya mengingatkan kita kepada buku sejarah lama yang di depannya ada gambar Tunku ketika pengisytiharan kemerdekaan Taman Melayu. Klasik weh...
Rasa macam dalam Kota Melaka pon ada. Tak sempat 'jelajah' semua tapi secara amnya idea dekorasi merujuk di zaman Portugis. ( ye ke? isk..pepandai la ko 'akak')
Lokasinya mengimbas di zaman kekanak dulu. Around tahun 80-an. Kat situ ada pasar borong, ada kilang dan yang best ada gerai roti canai berkuah best. Huhu..x taw kat mana dah kedai tu pegi.
Seawal pukul 7 pagi dah jalan kaki dari rumah ke sana. Jauh jugak. Cuba la ukur dari Kg. Pengkalan Rama (rumah nenek kat situ) sampai Kampung Pantei tu. <---eja memang camtu yea.  Hnff... sempot sket nafas.
Tapi best sebab ramai orang pon jalan kaki. Tak rasa penat sangat. Kalau 'Chim <---panggilan untuk cina perempuan yang dah lanjut usia ..dorang naik beca je. Opss..bukan beca yang ada bunga matahari dan bunga ros dikelilingnya ok.
Riuh rendah kat situ. Kucing kecik2 banyak. Kekadang ada la bawak balik  seekor dua. Pelihara sampai besar pastu lepas balik kat sana ( huhuh..sebab kucing tu 'spray' sana sini atau pon tangkap ayam nenek)
Kat sungai tu plak ada la bot tangkap ikan..dalam 6 7 buah. Bunyi enjinnya 'poot..poot..poot..' Hahah..macam orang k*****t je..rindunya suasana itu.Rindu sangat dan sangat.....
Apapun sekarang dah sangat ok. Pelancong pon ramai. Sungai bersih..tak macam dulu yang penuh dengan plastik merah, kuning atau bebelang plus pelepah kelapa jatuh dan bagai2 sampah lagi. ( tak suka ok..sebab diorang x de sivik buang sampah dalam sungai)
Kedai asam pedas makcik Mona pon dah glamer skang..masuk TV tu. Jonker Walk dah banyak jual barang-barang kraftangan. Rumah-rumah Baba Nyonya kat tepi jalan pon dah dikomersialkan.
Bukan seperti dulu...penuh dengan kesibukan apek berseluar belang biru putih naik basikal merentasi jalan. Lori berkepala merah sibuk parkir di kiri kanan jalan turunkan cili bawang permintaan peniaga di sepanjang jalan Kg. Pantei dan Kg. Keling. Bau dedak ayam kadang2 menusuk hidung. Merpati hitam berterbangan di udara sambil 'menghiasi ' tingkap bangunan dan jalanraya dengan 'khazanah'nya.
 Gambar?? huhuh..semalam lupa bawak kamera sebab dah kata pon g seminar bukan melancong. APA PON TAK BLEY!!

NOTA HARI INI

Friday 6 July 2012

::Tanda Bacaan Hidup::

Aduyai...korang pernah tk rasa macam nak lempang itik serati pastu lari laju2 sebab kena kejar? Hoh..gitu la hari ini.Tapi apa nak buat..titik - titik perjalanan bukan kita yang tentukan. Kadang ada koma, titik bertindih,koma bertindih koma , tanda seruan, tanda soalan dan sebagainya.
Korang pernah belajar ke semua yang dinyatakan di atas tu? Tak pasti la kan..kaedah pembelajaran makin berubah mungkin ia diajar dengan cara yang berbeza di zaman ai dulu. Lama wooo tak skolah...hahahaha
.Tanda bacaan diatas diajar bersekali dengan matapelajaran tatabahasa. Wadui...pening gak nak fahamkan. Budak - budak la katakan leka nak memain je. Bila cikgu ngajar melongo je mulut. Faham tak faham ya kan aje..Hambek ko bila peksa garu tudung sampai senget.
Wlau apaun tanda bacaan itu...rasa hati ni masih lain macam...tensen kotttttt...!!!!

(ini cerita semalam...seyes...semalam)
NOTA HARI INI

::Perjuangan Belum Ternoktah::

Waduh...penat tol otak hari ini. Mengira dan terus mengira. Mencongak sambil memikirkan kewajaran setiap nombor yang ditulis. Akhirnya, selesai untuk hari ini. Alhamdulillah. Semoga semuanya selesai dan tidak lagi menemui jalan buntu.
Semalam dapat gak pelepasan balik untuk ke sekolah anak. Tak sesia seperti biasa. "Ya Allah kupohon padaMu semoga usaha anak - anakku dalam menimba ilmu dunia dan akhirat sentiasa dirahmati dan diberkati olehMu".
Ye lah setakat ni hanya kakak yang bersekolah. Abang akan melangkah ke alam persekolahan tahun hadapan. Berdebar-debar maknya. Tension sikit sebab si Abang masih diawang-awangan. 
Cerita semalam, tak sangka 'perbalahan' ngan cik abang berhasil jua. Masing-masin berebut nak pegi skolah anak. Hoh, pagi2 bila kita tanya buat donno jek. Bila dah petang baru bagitau nak g jugak. Iskk..stresss tau. Dah rasa macam rombongan Cik Kiah plak gi amik buku rekod anak beramai - ramai. Nasib la tak bawak sepanduk bagai..
Sampai kat skolah, nampak ramai ibubapa menunggu. Bebudak ni pakat lari ramai - ramai. Nampak ada yang terganggu ngan suasana begitu. Tapi biasa la budak - budak. Tunggu lama gak. Abih dah sorang pelajar sampai 10minit kena ' kaunseling' ngan ustazah.
Hohh? masak macam ni...lama tol tunggu giliran. Bila sampai giliran kitorang ustazah pon bersuara..." hah sampai dua - dua datang ye?" Sabauuuuuu je la. Jeling cik abang dalam ati...hoh dah kata tadi tak yah datang. degil..heheheh
Then ustazah pon bagi buku rekod...Tanya gak. Ada masalah ke ustazah? Oh..tak de.bagus..bagus...tak sampai 2 minit ustazah pon kata selesai. Perghhh....tak pe sebab keputusannya setakat ni best. Tempat pertama. ( yelaaa...baru setengah tahun pon...mak dia slalu dapat tempat cencorot morot)
Bila balik..bukan pikir apa sangat..cuma pikir napa ustazah tu kaunseling tak sampai 2 minit ha? Tak puas hati....( <----------- macam ni punya mak pon ader. Kasi lempang sket..DASSSS!!!!)
NOTA HARI INI

Tuesday 3 July 2012

::Lemau::

Suasana yang paling disukai untuk hari ini sebab hujan seawal pukul 8.30pagi. Terperangkap selama 20 minit di pantry. Melangut sambil menyenarai pendek tugas yang perlu disiapkan sebelum pukul 4 ptg. Sekarang masih hujan..masih berangan jika terhidang secawan kopi untuk dinikmati ditepi tingkap sambil ditemani permandangan indah ala-ala Cameron Highlands. Dusyummmm...sudahh tak yah berangan. Keje berlambak ni. Aduhai...kerja tetap kerja. Balik rumah pun masih bekerja. Petang ni nak try usha bos balik awal. ( Hoh...boleh ke? ) Ko ingat ini company ada nama ko...suka hati nak balik lambat. ~ dengan mata yang sayu...berbisik - bisik..~ buley aaa..buley aaa..
Kepala masih berputar2 sebab kena hujan. Perut lapar minta diisi. ( padahal malam tadi dah makan banyak isk..isk.isk) Korek sana - sini jumpa kacang yang masih elok tersimpan dalam laci.
Hujan merintik sepi...mata sayu dan layu. Terbayang-bayang selimut yang selonggok ditinggalkan pagi tadi. Suasana bilik yang suram dan kelam.  Best kan kalau PONTENG arini...nenong...nenong...nenongggggg.
NOTA HARI INI